ELEMEN ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Grafik juga meliputi imej yang berbentuk paparan. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan.


Contoh elemen yang terdapat dalam gambar : 

                                                                Rujukan : Gambar sendiri 

Elemen : Mudah
Tema : Bunga

Gambar bunga ini memaparkan elemen asas grafik mudah. Gambar ini diklasifikasikan dalam elemen mudah kerana gambar ini tidak memerlukan teks yang padat untuk pembaca mentafsir gambar apakah ini? Apabila seseorang melihat gambar ini, beliau dapat mengecam ini gambar bunga atau lebih dikenali sebagai bunga orkid.


                                                               Rujukan : https://pin.it/2mPDoSD

Elemen : Mudah
Tema : Pakaian

Gambar bunga ini memaparkan elemen asas grafik mudah. Gambar tersebut memaparkan gambar sehelai baju. Apabila seseorang melihat gambar tersebut, beliau dapat mengenal pasti gambar tersebut merupakan gambar baju berwarna hijau tanpa memerlukan bantuan teks atau penerangan.


                                                               Rujukan : Gambar sendiri 

Elemen : Warna
Tema : Bunga

Elemen yang terdapat dalam gambar bunga tersebut merupakan elemen asas grafik warna. Hal ini kerana grafik tidak menggunakan tons warna yang banyak iaitu hanya 3 warna sahaja digunakan. Gambar diatas memperlihatkan bunga jasmin berwarna putih, daun berwarna hijau dan anak bunga berwarna kuning.


Rujukan : https://pin.it/1GqHzM1

Elemen : Warna
Tema : Makanan

Elemen warna bermaksud kombinasi warna yang digunakan dalam sesuatu gambaran sama ada dalam bentuk gambar atau video. Gambar kek merupakan gambar grafik yang baik kerana gambar tersebut menggunakan tons warna yang sedikit iaitu coklat, putih, merah jambu dan hijau.


                                                                Rujukan : Gambar sendiri 

Elemen : Teks
Tema : Barangan Kosmetik

Gambar tersebut jelas memaparkan elemen asas grafik teks. Hal ini kerana teks tersebut mampu memberi pemahaman terhadap grafik yang dipaparkan. Saiz fon yang digunakan amat sesuai dengan produk tersebut. Tulisan NIVEA yang berwarna putih dan berlatar belakangkan biru gelap sesuai digunakan pada botol itu.

                                                            Rujukan : https://pin.it/1sWvE7E

Elemen : Teks
Tema : Barangan Kosmetik

Gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik teks. Hal ini dapat dipastikan kerana terdapat jenama MAC tertera di tengah tengah gincu yang menandakan teks tulisan pada gambar. Hal ini dapat memudahkan pembeli untuk mengetahui sesuatu jenama gincu itu.


Rujukan : Gambar sendiri 
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan

Gambar bunga ini memaparkan elemen asas grafik kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana latar belakang gambar ini bersesuaian kerana saling berkaitan antara satu sama lain. Pemandangan ini amat sesuai kerana warna dilangit seakan akan sama dengan warna laut dan pasir dikala waktu senja.


Rujukan : https://pin.it/1y5b5ly\

Elemen : Kesesuaian
Tema : Makanan

Gambar bunga ini memaparkan elemen asas grafik kesesuaian. Gambar tersebut memaparkan gambar sebiji burger daging. Burger daging tersebut dikategorikan dalam elemen sesuai kerana burger tersebut disusun dengan rapi yang dimulakan dengan roti, sayur, keju, dan juga daging. Maka, gambar tersebut jelas menunjukkan elemen kesesuaian.


Rujukan : Gambar sendiri 

Elemen : Keseimbangan
Tema : Alam Semulajadi

Gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana matahari berada di tengah-tengah foto, dan awan di hujung atas kanan serta hujung bawah kiri menjadi pemberat dalam gambar menyebabkan gambar ini seimbang. Gambar ini diambil sewaktu berlakunya fenomena "Halo Matahari".

                                        Rujukan : https://unsplash.com/photos/RjinTPYV2KQ

Elemen : Keseimbangan
Tema : Tumbuh-Tumbuhan

Gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Gambar tersebut menunjukkan gambar bayam brazil yang ditanam di dalam pasu. Keseimbang dapat dilihat melaui saiz pasu dan ketinggian pokok bayam brazil adalah sama antara atas dan bawah. Maka, gambar diatas jelas menunjukkan elemen seimbang.



                                                             ROMULO PRODUCTION

Berikut merupakan pautan video persembahan ahli kumpulan saya bagi tajuk elemen asas grafik.





Comments

Popular posts from this blog

All about me

ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO DOKUMENTARI

ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)