ASAS VIDEOGRAFI - VIDEO LAGU DUA INSAN
Video Lagu
Video
lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan
lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan
terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi
supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lagu memerlukan
suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik. Adakalanya, video lagu ini
disertakan dengan lirik lagu yang terletak di sebelah bawah. Tujuan lirik lagu
disertakan adalah supaya aktiviti menyanyi bersama dilakukan. Terdapat juga
video lagu yang disunting melalui drama ataupun filem. Hal ini berlaku kerana
lagu tersebut merupakan lagu tema dalam drama atau filem tersebut. Video lagu
ini berdurasi lebih kurang tiga minit ataupun mengikut durasi lagu yang
dipilih.
Comments
Post a Comment