ASAS VIDEOGRAFI - VIDEO SERAM
Video Seram
Menurut
Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video
seram merupakan video yang berbentuk penceritaan yang memberikan kesan yang
menakutkan. Video seram biasanya melibatkan hantu atau entiti yang kelihatan
atau tidak kelihatan. Video seram juga boleh melibatkan manusia namun
penceritaan harus berfokus kepada seram dan menakutkan. Video seram sebagai
asas video mempunyai durasi dalam tujuh minit sahaja. Hal in kerana penceritaan
video ini ringkas dan padat. Sebagai individu yang baru belajar tentang asas
video, video seram boleh membantu dalam membuat penggambaran di lokasi yang
seram dan menakutkan orang ramai seperti dalam hutan, rumah kosong dan terbiar,
kubur dan lain-lain.
Proses penghasilan video seram ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa proses penghasilan video ini dijalankan. Pemilihan lokasi penggambaran adalah dibuat secara bersama-sama. Kami semua mendapat pengalaman baharu dalam menghasilkan video jenis seram ini. Pengalaman ini sangat bermakna dan proses penggambaran yang dijalankan sangat seronok. Suasana waktu malam yang dipilih sebagai latar masa bagi video ini juga membantu kami dalam menjayakan video seram ini dan mood seram dapat dihidupkan dalam video kali ini.
Comments
Post a Comment