Nama : Nabilah Syahira binti Misbahaudin Umur : 22 tahun Tempat Lahir : Hospital Kuala Lumpur Tarikh Lahir : 8 Mac 2000 Tempat Pengajian : Universiti Putra Malaysia Kursus Pengajian : Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian Hobi : Makan angin, Shopping Cita-cita : Guru @ Pensyarah
Video Dokumentari Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video dokumentari merujuk kepada video yang tidak mempunyai penceritaan. Video dokumentari memberi pengetahuan tentang sesuatu perkara kepada pendengar iaitu terdapat seorang yang mengulas tentang dokumentari yang dipaparkan. Kadangkala, video jenis ini disertakan dengan temu bual bersama watak sebenar dalam situasi tersebut. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa menghasilkan video ini. Kami memilih tema "Amalan Gaya Hidup Sihat" mengikut kata sepakat daripada semua ahli kumpulan. ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO DOKUMENTARI (AMALAN GAYA HIDUP SIHAT)
Asas Fotografi (Flatlay) Flatlay merujuk kepada cara gambar atau foto yang diambil oleh seseorang. Seseorang yang gemar menggunakan kamera akan mengambil gambar atau foto berbentuk flatlay. Biasanya gambar atau foto flatlay berbentuk gambar atau foto makanan atau item yang kecil. Melalui video pula, flatlay boleh digunakan namun dalam satu video boleh memfokus kepada tiap-tiap satu item. Malah, video boleh menunjukkan flatlay yang pelbagai. Terdapat empat jenis flatlay yang digunakan. Flatlay merujuk kepada kamera yang diletakkan 90 darjah dan gambar atau foto nampak diambil dari atas. Half flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera yang 45 darjah daripada item dan gambar atau foto nampak seperti diambil dari sisi atas. Manakala, quarter flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5 darjah daripada item. Zero flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan di atas lantai ataupun meja dan lain-lain. Berikut merupakan pautan YouTube video be
Comments
Post a Comment