PETA MINDA FLATLAY
Peta Minda Flatlay
Pernah
dengar tak perkataan flatlay? Kalau korang nak tahu, flatlay adalah salah satu
teknik asas fotografi yang selalu fotografer pakai. Lagipun, dalam kita tak
sedar, kita selalu je guna teknik ni semasa kita ambil gambar. Flatlay ini
boleh dikatakan gambar atau foto yang di ambil mengikut sudut-sudut yang
tertentu. Ianya juga terbahagi kepada empat jenis yang berbeza iaitu flatlay,
half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay.
Sebelum
saya bagi maksud setiap jenis flatlay ini, jom kita lihat dan faham dahulu
tentang gambar rajah di bawah!
1) Flatlay
Flatlay bermaksud kedudukan kamera yang diletakkan pada
sudut 90 darjah. Gambar flatlay akan nampak yang kita ambil gambar tersebut
dari atas objek.
2) Half Flatlay
Bila sebut half, mestilah ianya separuh. Tetapi separuh apa?
Half flatlay ialah gambar yang diambil pada sudut 45 darjah iaitu separuh
daripada sebahagian 90 darjah tadi. Gambar yang diambil akan nampak yang kita
ambil gambar dari sudut sisi atas objek.
3) Quarter Flatlay
Quarter ataupun dalam Bahasa Melayu ialah suku yang membawa
maksud kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5 darjah daripada objek. Ianya
bermaksud suku daripada 90 darjah flatlay.
4) Zero Flatlay
Zero flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan
di atas lantai ataupun meja. Gambar yang diambil akan menampakkan gambaran
penuh item dari bawah atau selari dengan kedudukan lantai atau meja objek
berkenaan.
Comments
Post a Comment