PODCAST
Podcast
Bagi kuliah minggu ini, kami diminta untuk
menyediakan satu pembentangan berkaitan podcast mengenai tajuk yang telah
dipilih. Tajuk tersebut hendaklah tidak boleh sama dengan ahli kelas yang lain
dan sebolehnya disampaikan dalam bahasa Melayu. Kami perlu mencari satu podcast
berdurasi 15 minit dan ke atas, mendengar dan memahami isi yang disampaikan,
seterusnya menyediakan slaid pembentangan untuk disampaikan selama lima atau
tujuh minit.
Namun persoalannya, apa itu podcast? Podcast ialah fail digital dalam bentuk audio yang pendengar boleh dapati di pelbagai platform seperti YouTube dan Spotify. Podcast telah digunakan secara meluas oleh orang ramai untuk mendengar perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang boleh didengari secara berulang-ulang. Malah, pendengar juga boleh mendengar podcast atas faktor fleksibiliti tanpa mengira masa dan tempat, yang jelas menunjukkan perbezaan dengan radio.
Berikut merupakan pautan Google Drive
slaid pembentangan individu tugasan ini:
https://drive.google.com/file/d/1_4bIkkKQbhx9ZgSaZeNc-9OoBnWDQa7j/view?usp=sharing
Comments
Post a Comment