Posts

RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

 Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa  Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan kumpulan resensi buku Multimedia dalam Bahasa bagi setiap bab. Setiap bab diagihkan secara adil kepada ahli kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan pembentangan. Berikut merupakan paparan slide kumpulan kami, Romulo Production : https://drive.google.com/file/d/1272Shcg34_oCLsKTkymXVHhLe6cVyNJB/view?usp=sharing

ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO DOKUMENTARI

Image
Video Dokumentari  Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video dokumentari merujuk kepada video yang tidak mempunyai penceritaan. Video dokumentari memberi pengetahuan tentang sesuatu perkara kepada pendengar iaitu terdapat seorang yang mengulas tentang dokumentari yang dipaparkan. Kadangkala, video jenis ini disertakan dengan temu bual bersama watak sebenar dalam situasi tersebut. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa menghasilkan video ini. Kami memilih tema "Amalan Gaya Hidup Sihat" mengikut kata sepakat daripada semua ahli kumpulan.     ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO DOKUMENTARI (AMALAN GAYA HIDUP SIHAT)                                 

PODCAST

 Podcast      Bagi kuliah minggu ini, kami diminta untuk menyediakan satu pembentangan berkaitan podcast mengenai tajuk yang telah dipilih. Tajuk tersebut hendaklah tidak boleh sama dengan ahli kelas yang lain dan sebolehnya disampaikan dalam bahasa Melayu. Kami perlu mencari satu podcast berdurasi 15 minit dan ke atas, mendengar dan memahami isi yang disampaikan, seterusnya menyediakan slaid pembentangan untuk disampaikan selama lima atau tujuh minit.      Namun persoalannya, apa itu podcast? Podcast ialah fail digital dalam bentuk audio yang pendengar boleh dapati di pelbagai platform seperti YouTube dan Spotify. Podcast telah digunakan secara meluas oleh orang ramai untuk mendengar perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang boleh didengari secara berulang-ulang. Malah, pendengar juga boleh mendengar podcast atas faktor fleksibiliti tanpa mengira masa dan tempat, yang jelas menunjukkan perbezaan dengan radio.   Berikut merupakan pautan Google Drive slaid pembentangan individu

ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO SETEMPAT

Image
Video Setempat Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video setempat merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video itu dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Terdapat penceritaan disertakan dengan humor dan perkara yang berlaku pada masa itu. Video setempat digemari oleh pengguna telefon bimbit yang gemar memberi berita terkini tentang dirinya. Video ini berbeza dari video yang lain kerana video ini dibuat secara individu. Saya telah memilih tempat Ikea Cheras untuk menyiapkan video setempat ini. Bersama saya di dalam video ini ialah Keluarga sahabat baik saya, Raihan.                                            ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO SETEMPAT

INFOGRAFIK (MEDIA SOSIAL)

Image
 Infografik (Media Sosial) Hi gais... Minggu ni tugasan amali kami ialah membuat infografik tentang kelebihan media sosial yang telah kami gunakan sepanjang 10 minggu. 

LINKEDIN

Image
 LinkedIn  Hi!! Harini untuk amali, prof bagi tugasan untuk create account LinkedIn. Prof kata kena start dari sekarang aktif kat LinkedIn. Nanti senang job hunters senang nak cari kita, just refer dekat account LinkedIn kita. Hopefully, aku rajin la nak update dekat LinkedIn tu dan dipermudahkan urusan dapat kerja. huhu bye                                                                       LinkedIn Nabilah Syahira

ASAS VIDEOGRAFI - VIDEO TRAGEDI

Image
 Video Tragedi  Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Emosi seperti sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi yang negatif. Video tragedi seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberikan impak dalam kehidupan seseorang. Video ini juga memerlukan lakonan yang baik daripada pelakon dan emosi yang terserlah dengan jelas di wajah setiap pelakon tersebut.  Proses penghasilan video tragedi ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan. Banyak pengalaman baharu yang kami dapat semasa menghasilkan video ini. Pemilihan jalan cerita, tempat dan waktu yang sesuai juga membantu kami menjayakan video tragedi ini. ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO TRAGEDI